STRATEGI & TEKNIK BIMBINGAN DAN PENASIHATAN
PENGURUSAN PENASIHATAN MURID
Pengurusan penasihatan murid terdiri daripada empat pendekatan iaitu secara bimbingan, penasihatan ,mentoring' dan kaunseling dan ia merupakan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk membantu murid dalam aspek pembelajaran dalam kehidupan. Setiap kaedah ini mempunyai tugas, maksud,ciri dan proses yang berbeza. Walaupun peranannya lebih kurang sama dalam mengurus pembelajaran dan disiplin pelajar tetapi tidak pada dasarnya. Sepertimana dalam bimbingan,penasihatan dan mentoring ia boleh dilakukan oleh mana-mana guru berpengalaman dan berpengetahuan,tetapi dari segi kaunseling hanya boleh dilakukan oleh guru yang bertanggungjawab dan telah dilantik oleh pihak atasan atau kementerian. Bimbingan merupakan sebahagian dari proses menolong yang dijalankan secara tersusun dan bersistematik. Ianya bertujuan menolong individu atau kelompok individu melalui daya usaha tersendiri untuk mengembangkan kebolehan serta membuat penyesuaian diri.