1) Pembimbing dan penasihat perlu menyedari dan mengendalikan kes-kes mengikut kemampuan
Tugas dan peranan pembimbing semakin mencabar berdasarkan perubahan dan perkembangan-perkembangan semasa dalam masyarakat yang turut memberi kesan dan cabaran kepada profesionalisme pembimbing dan penasihat. Sesetengah daripada masalah pelajar,pastinya akan ada beberapa masalah yang rumit untuk guru berhadapan dan menyelesaikannya. Kecekapan dalam kemahiran asas masih lagi menyukarkan mereka untuk mengendalikan kes-kes tersebut kerana masalah-masalah yang kompleks memerlukan kemahiran bimbangan dan kaunseling yang khusus. Maka, guru perlu membuat rujukan tambahan daripada pelbagai sumber berkaitan masalah-masalah yang tidak dapat dikendalikan. Antara masalah tersebut adalah seperti kemurungan, bunuh diri, keganasan dan mengguna senjata api, aktiviti gengster dan penyalahgunaan dadah.
2) Setiap pelajar diberi bantuan dan sokongan secara menyeluruh,adil dan saksama
Guru harus memberikan bantuan dan sokongan kepada semua pelajar yang menghadapi masalah dengan adil tanpa ada unsur berat sebelah sebagaimana dalam sistem pendidikan yang memastikan kesaksamaan dalam keberhasilan murid. Hal ini kerana, semua pelajar adalah tanggungjawab semua guru tidak kira guru tersebut memiliki jawatan yang tinggi atau rendah.Walaupun tidak mengenali pelajar tersebut, tidak boleh tidak guru harus tetap memberikan bantuan mengikut kemampuan dan keupayaannya jika pelajar terbabit menghadapi kesulitan dan memerlukan pertolongan. Maka,guru wajib menjalankan tanggungjawabnya dalam memastikan bantuan dan bimbingan dari segi pelajaran,keperluan peribadi dan psikologi diberi secara saksama
3) Mewujudkan kemesraan dan hubungan baik dengan pelajar dan pihak berkaitan
Hubungan yang baik antara guru pembimbing dengan pelajar dalam mewujudkan kemesraan yang selesa pasti membantu dalam melancarkan proses bimbingan dan penasihatan.Contohnya, guru perlulah mempunyai sifat prihatin dalam memahami tingkah laku para pelajar lebih mendalam agar pelajar lebih menghormati guru bimbingan dan berasa selesa jika berkongsi apa-apa masalah dengan guru.Selain itu,hubungan yang baik antara guru dengan pihak berkaitan seperti ibu bapa,pihak sekolah, PIBG,polis dan sebagainya boleh juga memudahkan dalam bekerjasama memikul tanggungjawab dalam mencari penyelesaian masalah-masalah para pelajar terutama dari segi disiplin mereka. Hal ini kerana, didapati jalinan kerjasama antara pihak-pihak berkepentingan menjadi pemangkin untuk mengimbangi pendidikan pelajar.Dengan mengadakan hubungan yang baik dengan pelbagai agensi akan memudahkan lagi tugas kaunselor kerana kauselor dan pihak sekolah tidak akan mampu untuk menangani segala permasalahan secara bersendirian
4) Sentiasa fokus kepada isu dan penyelesaian pelajar tanpa mencampuradukkan aspek peribadi
Peribadi seorang guru pembimbing mestimemfokuskan kepada semua aspek dalam perkembangan diri para pelajar sama ada dari segi akademik,sahsiah,kerjaya dan sebagainya.Guru mestilah menumpukan semua aspek penting tersebut tanpa melihat kepada latar belakang peribadi seseorang pelajar tersebut.Ini kerana,setiap guru pembimbing tidak berhak dalam mempersoalkan peribadinya melainkan membantu dalam mengubah perkembangan dirinya menjadi seorang insan yang lebih baik dan kehidupannya yang lebih teratur
5) Sentiasa peka dan proaktif terhadap perkembangan dan permasalahan pelajar
Guru bimbingan haruslah sentiasa peka akan sebarang permasalahan yang timbul di sekolah sama ada ia berpunca daripada pelajar sekolah itu sendiri ataupun disebabkan faktor luar.Seseorang guru bimbingan juga harus mengambil langkah lebih proaktif dalam mendekati dan menyantuni pelajar yang bermasalah termasuk berkaitan pembelajaran dan disiplin mereka dan bukannya hanya menunggu para pelajar yang terdesak untuk datang kepada mereka.Jika terdapat aduan atau laporan berkaitan pelajar yang bermasalah atau memerlukan pertolongan,guru bimbingan harus bertindak segera dalam mencari maklumat berkaitan pelajar tersebut dan berusaha mendekatkan dirinya untuk berjumpa penasihat.
Comments