top of page
  • Writer's pictureNurul Nadiah

STRATEGI & TEKNIK BIMBINGAN DAN PENASIHATAN

Updated: Jun 4, 2021


1) Pendekatan Kognitif (pemikiran)

Melalui pendekatan kognitif, pelajar boleh diertikan sebagai tahap pengetahuan dan kemahiran mereka dalam menggunakan pelbagai pengetahuan yang ada untuk memahami aspek dalam dunia sekitar ini. Perkembangan kognitif merangkumi proses pengelasan,konsep ruang,konsep nombor, proses sains dan menyelesaikan masalah.

2) Pendekatan afektif (perasaan)

Pendekatan Afektif ialah berkaitan nilai,sikap, minat, keprihatinan, mempunyai pertimbangan, menghargai warisan dan mempunyai sahsiah yang baik. Ia memberi satu kesan atau perubahan dalam seseorang atau sesuatu. Komponen afektif mengandungi komponen perkembangan sosioemosi dan komponen kerohanian dan moral. Komponen sosioemosi merupakan perkembangan gabungan sosial dan emosi dalam kalangan pelajar berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat. Perkembangan sosial dan emosi yang sihat dan seimbang sangat penting kepada pelajar kerana ia menjadi asas kepada tahap pembelajaran dan perkembangan pelajar dalam mempengaruhi pencapaian dan kejayaan mereka. Manakala,komponen kerohanian dan moral penting dalam pemupukan nilai dalaman dan nilai masyarakat yang berbilang kaum bagi mencapai kesejahteraan dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara. Komponen kerohanian dan moral mengandungi pendidikan Islam untuk pelajar Islam dan pendidikan moral untuk pelajar bukan Islam.


3) Pendekatan behavioural (kajian tingkah laku nyata yang boleh diperhatikan dan diukur)

Pendekatan teori behavioural merupakan hasil kajian antara dua tokoh yang sangat terkenal iaitu lvan Pavlov dan B.F.Skinner. Matlamat utama pendekatan ini ialah mengenal pasti keadaan,objek atau fikiran yang merangsang timbulnya serta mengekalkan,mengubah atau mengurangkan sesuatu perlakuan negatif. Ciri-ciri yang ditekankan menurut teori ini adalah seperti mempunyai kemahiran mendengar dengan tepat,memahami bahawa setiap pelajar adalah unik serta mempunyai kemesraan,memahami,sedia menolong dan ikhlas membantu pelajar. Aplikasi teori ini dalam pelbagai aspek boleh digunakan, dalam situasi bilik darjah selalunya dipanggil sebagai pengubahsuaian tingkah laku. Teknik tersebut menjadi kaedah penting dalam mengawal tingkah laku pelajar dan motivasi pelajar.

9 views

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page